TEMBURONG, Isnin 24 Jan - Hasrat sebuah keluarga untuk beristirehat dan
beriadah di kawasan Batang Duri, Daerah Temburong bertukar detik memilukan
apabila salah seorang daripada ahli keluarga didapati telah hilang dan hanyut semasa
berenang di sungai berkenaan.
Laporan tersebut diterima oleh Balai Polis Bangar, Pasukan Polis Diraja Brunei
melalui panggilan telefon kecemasan 993 pada 24 Januari 2022 kira-kira jam 9.40
pagi memaklumkan ada seseorang telah hanyut di kawasan Sungai Batang Duri.
Mangsa yang dipercayai hanyut merupakan seorang lelaki warganegara tempatan
berumur 20 tahun dan pakaian terakhir yang digunakan ialah baju dan seluar panjang
berwarna hitam.
Setakat ini, Jabatan Bomba dan Penyelamat beserta ahli Paramedik turut hadir di
tempat kejadian bagi membantu pencarian.
Dipohonkan kerjasama orang ramai bagi sebarang perkongsian maklumat mengenai
kejadian ini agar dapat menghubungi segera ke talian kecemasan 993 bagi tindakan
lanjut.
Dikeluarkan oleh :
UNIT PERHUBUNGAN AWAM
PEJABAT PESURUHJAYA POLIS
PASUKAN POLIS DIRAJA BRUNEI