Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Berita

Manage PermissionsManage Permissions
PENGAWASAN KEJIRANAN ERAT HUBUNGAN DENGAN MASYARAKAT

2020-01-12 at 12.31 (2).jpeg

2020-01-12 at 12.31 (3).jpeg

AHAD, 12 Jan - Dua (2) program yang dikerap dikendalikan oleh Pengawasan Kejiranan (PK) anjuran Pasukan Polis Diraja Brunei (PPDB) ialah aktiviti Pendekatan / Kunjungan serta aktiviti Kebajikan dan Sosial.  
 
Objektif utama selain mempertingkatkan keakraban (persahabatan) dan silaturahim di kalangan Pihak Polis dan Masyarakat ialah untuk melahirkan kepercayaan dan keyakinan bahawa pihak polis sentiasa berusaha untuk memeduli dan menangani perihal kemaslahatan orang awam. 
 
Ianya diperakui melalui aktiviti-aktiviti yang telah terlaksana dan berjaya dikendalikan dengan baiknya seperti kunjungan lawatan ke ahli-ahli PK dalam perkongsian maklumat dan pencerahan terhadap isu-isu gejala jenayah serta tren-tren jenayah yang berlaku di kawasan tadahan persekitaran kampung. Malah, aktiviti gotong royong, membantu membersihkan masjid serta kubur juga terselit dalam aktiviti tersebut. 
 
PK Kg Mentiri, PK Kg STKRJ Lambak Kiri, PK Kg Selangan, PK Kg Penanjong, PK Kg Pandan B dan C, PK Kg Mentiri, PK Kg Bebuloh, PK Kg Labu dan Kg Piasau-Piasau, PK Kg Panchong, PK Kg Rambai, PK Kg Sg Besar, PK Kg Serdang, PK Kg Sengkarai, PK STKRJ Lorong 3 Seria, PK Kg Lumut 1 dan 2, PK Kg Perpindahan Mata-Mata, PK RPN Panaga, PK Kg Senukoh, PK Kg Lumut, PK Kg Penapar, PK RPN Lambak Kanan, PK STKRJ KG Sg Buloh, PK Kg Menengah / Bukit Sulang Lamunin, PK Kg STKRJ Kg Rimba serta PK Kg Mumong merupakan kampung-kampung yang telah mengendalikan aktiviti-aktiviti berkenaan. 
 
Diharapkan dengan penglibatan yang aktif di kalangan masyarakat kampung melalui program PK ini akan berterusan sebagai pemangkin dalam sumbangan rakyat ke arah kesejahteraan dan keselesaan Negara Brunei Darussalam. 



Dikeluarkan Oleh : 
UNIT PERHUBUNGAN AWAM 
PEJABAT PESURUHJAYA POLIS
PASUKAN POLIS DIRAJA BRUNEI​

Attachments