Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Berita

Manage PermissionsManage Permissions
RUMAH KENDALI PERJUDIAN DISERBU

2019-09-11 at 20.38 (2).jpeg

TUTONG, Rabu 11 Sept - Sebuah rumah yang mengendalikan perjudian haram di alamat No 1445 Kg Rumpau Jalan Bukit Ukong, Tutong digempur dan telah menyaksikan seramai 8 orang kaki judi ditahan menerusi serbuan yang dijalankan pada sekitar tengah malam 10 September 2019. 
 
Operasi Serbuan dijalankan oleh keanggotaan Balai Polis Tutong beserta koloberasi daripada Unit Penumpasan Perjudian dan Pencegahan Maksiat, Pasukan Polis Diraja Brunei (PPDB). Kesemua kaki judi yang ditahan adalah berusia antara 30 hingga 81 tahun. 6 suspek lelaki serta 2 suspek wanita yang ditahan, 7 di antaranya adalah warga tempatan dan seorang warganegara Malaysia. 
 
Serbuan pada malam tersebut melibatkan permainan perjudian jenis Pai Gow serta Katam-katam dan sejumlah wang tunai dipercayai hasil daripada perjudian haram turut dirampas beserta peralatan-peralatan yang digunakan untuk perjudian. 
 
Kesemua suspek dibawa ke Balai Polis Tutong bagi dijalankan siasatan dibawah Seksyen 6 (1) Akta Rumah Judi Terbuka Penggal 28. 
 
Pasukan Polis Diraja Brunei (PPDB) menegaskan kepada masyarakat awam bahawa mengadakan atau mengendalikan sebarang acara keramaian yang melibatkan kegiatan perjudian adalah ditegah sama sekali bahkan ianya menyalahi undang-undang di negara ini. 
 
Di samping itu juga, sebarang kegiatan perjudian yang diadakan tidak akan menunjukkan sebarang impak positif terhadap pembangunan masyarakat bahkan ianya lebih parah dan akan sahaja mendatangkan kesan-kesan negatif sekaligus menjadikan sesebuah masyarakat tersebut mengamalkan nilai-nilai yang tidak baik dalam kehidupan seharian mereka. 



Dikeluarkan Oleh : 
UNIT PERHUBUNGAN AWAM 
PEJABAT PESURUHJAYA POLIS
PASUKAN POLIS DIRAJA BRUNEI


Attachments