Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Berita

Manage PermissionsManage Permissions
BEKAS PENGAWAL KESELAMATAN JATUH HUKUM

2019-08-10 at 18.31.32 (4).jpeg

BANDAR SERI BEGAWAN, Sabtu 10 Ogos - Pasukan Polis Diraja Brunei (PPDB) melalui Balai Polis Pusat telah menghadapkan seorang suspek lelaki ke Mahkamah Majistret, Bandar Seri Begawan kerana dipercayai terlibat dalam kes curi peralatan permainan kepunyaan salah sebuah sekolah swasta di negara ini yang telah dilaporkan pada 5 Ogos 2019. 
 
Suspek lelaki bernama Abdul Wafiy bin Yusof, warganegara tempatan berumur 23 tahun dan pernah bekerja sebagai Pengawal Keselamatan Swasta. Perbuatan jenayahnya terbongkar apabila suspek cuba menjual barang yang dicuri kepada salah seorang temannya yang juga bekerja di syarikat yang sama. Setelah diperiksa dan diteliti barang berkenaan adalah barang yang dilaporkan hilang oleh sekolah berkenaan. 
 
Suspek telah dibicarakan dan telah mengaku bersalah atas pertuduhan di bawah Seksyen 380 Kanun Hukuman Jenayah Penggal 22 dan dijatuhkan hukuman pemenjaraan selama 9 bulan di Penjara Maraburong bermula pada tarikh 10 Ogos 2019. 
 
Sehubungan itu, Pasukan Polis Diraja Brunei (PPDB) ingin mengingatkan orang ramai agar berhati-hati dan berwaspada dalam perihal urusniaga jual beli, pastikan kesahihan barang berkenaan lebih-lebih lagi jika harga yang ditawarkan agak menarik dan jauh lebih murah. 
 
Dinasihatkan orang ramai agar tidak terlibat dalam sebarang kegiatan jenayah yang menyalahi undang-undang di negara ini. PPDB akan sentiasa memantau dan mengambil tindakan pada setiap kegiatan jenayah yang dilakukan untuk dihadapkan ke muka pengadilan. 


Dikeluarkan Oleh : 
UNIT PERHUBUNGAN AWAM 
PEJABAT PESURUHJAYA POLIS
PASUKAN POLIS DIRAJA BRUNEI


Attachments