Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Berita

Manage PermissionsManage Permissions
38 PESERTA TAMAT KURSUS ASAS PENGAWASAN KEJIRANAN

TUTONG, Rabu 13 Mac - Seramai 38 peserta yang mengikuti Kursus Keberkesanan Pengawasan Kejiranan (PK) Sesi 1 / 2019 berakhir dengan Majlis Penutup dan Penyampaian Sijil bertempat di Dewan Utama Kemasyarakatan Daerah Tutong.   

Kursus yang berjalan selama dua hari itu disertai oleh kakitangan kerajaan termasuk pihak swasta dan orang awam yang merupakan ahli-ahli yang berdaftar di bawah Program PK di bawah tadahan Daerah Tutong.   

Hadir selaku tetamu kehormat dan seterusnya menyampaikan sijil kursus penyertaan ialah Pegawai Pemerintah Daerah Polis Tutong, Penguasa Polis Haji Mohamad Khairul Amilin bin Haji Idris serta pegawai dan anggota-anggota daripada Unit Perhubungan Awam Pasukan Polis Diraja Brunei (PPDB) selaku Urusetia PK PPDB.   

Sepanjang mengikuti kursus, para peserta diberikan taklimat dan penerangan yang disampaikan oleh pegawai daripada jabatan-jabatan di bawah PPDB.   

Objektif kursus adalah untuk meningkatkan pengetahuan, pengalaman serta pemahaman yang lebih terperinci mengenai persediaan dan pelaksanaan tugasan sebagai ahli PK, di samping tindakan-tindakan pencegahan jenayah dan langkah keselamatan yang sepatutnya dilakukan apabila menghadapi sebarang kejadian berdasarkan peraturan-peraturan yang telah ditetapkan.   

Dalam pada itu, kursus PK tersebut juga diharap akan memberikan impak dan sedikit sebanyak menjadi titik tolak kepada pemangkin bagi penambaikan secara berterusan hingga mencapai hasrat PK dalam membantu mencegah, membanteras dan memerangi jenayah di negara ini. 
 

Dikeluarkan Oleh : 
UNIT PERHUBUNGAN AWAM 
PEJABAT PESURUHJAYA POLIS 
PASUKAN POLIS DIRAJA BRUNEI 


Attachments