Seorang perempuan tempatan berbangsa melayu dikehendaki untuk membantu dalam siasatan yang sedang dijalankan oleh pihak Polis.
Jika sesiapa terdapat sebarang maklumat sila hubungi terus ke Unit Siasatan Jenayah Penderaan Wanita dan Kanak-kanak, Jabatan Siasatan Jenayah di tingkat 1, Bangunan Lama Ibu Pejabat Polis Gadong atau melalui talian telefon : 2459500 ext 496/333 atau TALIAN CEMAS 993 atau mana-mana Balai-Balai Polis yang berdekatan.
Pasukan Polis Diraja Brunei meminta kerjasama dan bantuan orang ramai untuk mengesan perempuan tersebut. Di samping itu juga atas kerjasama yang diberikan, Pasukan Polis Diraja Brunei tidak lupa mengucapkan ribuan terima kasih.