Skip Ribbon Commands
Skip to main content
Poster Hari Polis Ke-96 Dilancarkan

Pasukan Polis Diraja Brunei (PPDB) telah mengadakan Majlis Pelancaran dan Penyerahan Poster Sempena Sambutan Hari Polis Ke-96 tahun 2017 PPDB yang berlangsung di sebelah petang, di Auditorium, Ibu Pejabat Polis, Jalan Tungku Gadong.
 
Hadir selaku tetamu kehormat majlis ialah Pesuruhjaya Polis Negara Brunei Darussalam, Dato Paduka Seri Haji Mohd Jammy bin Haji Muhd Shah Al Islam.
 
Pengerusi sambutan pada tahun ini ialah Penolong Pesuruhjaya Polis, Pengiran Mohd Jefri bin Pengiran Haji Abdul Hamid yang juga Pemangku Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah menyerahkan poster tersebut kepada Dato Paduka Seri Haji Mohd Jammy sebagai tanda pelancaran poster berkenaan.
 
Penyerahan poster-poster seterusnya disempurnakan oleh Dato Paduka Seri Haji Mohd Jammy kepada para penghulu, wakil kementerian dan jabatan-jabatan kerajaan serat wakil media.
 
Tema sambutan Hari Polis pada tahun ini ialah ‘Perpaduan dan Keharmonian Mengukuhkan Keamanan’.
 
Antara acara yang sudah dan akan dijalankan termasuk Majlis Membaca Surah Yasin, Tahlil, Dao Arwah dan Doa Selamat yang telah diadakan pada 31 Disember tahun lalu.
 
Manakala Upacara Perbarisan Sambutan Hari Polis pula akan diadakan pada Februari ini nanti.
 
Turut hadir menyaksikan penyerahan poster itu ialah Pemangku Timbalan Pesuruhjaya Polis, Penolong Kanan Pesuruhjaya Polis Mohammad Irwan bin Haji Hambali, para penghulu mukim, jemputan khas, pegawai-pegawai dari kementerian di jabatan kerajaan serta pegawai-pegawai PPDB.​

Attachments