Skip Ribbon Commands
Skip to main content
Majlis Pengislaman Sekeluarga Iban

‚Äč
Jumlah saudara baharu di negara ini kian semakin bertambah bilangan yang memeluk agama Islam.


Lans Kopral 5062 Sanggam anak Anggat, serta tiga orang keluarganya yang berbangsa Iban telah melafazkan ikrar dua kalimah syahadah telah berlangsung pada Sabtu, 7 Januari 2017 di Surau Panaga, Ibu Pejabat Daerah Polis Belait, Lorong 14 Panaga Seria.

Hadir selaku tetamu kehormat majlis, Pesuruhjaya Polis Negara Brunei Darussalam, Dato Paduka Seri Haji Mohd Jammy bin Haji Muhd Shah Al Islam dan isteri.

Acara dimulakan dengan bacaan surah Al-Fatihah dan diikuti dengan lafaz ikrar masuk Islam oleh Lans Kopral 5062 Sanggam anak Anggat, 41, yang mana beliau telah memilih nama Islamnya sebagai Awang Abdul Muizz Shah bin Abdullah Anggat.

Beliau berasal dari Kampung Sumbiling Baru, Daerah Temburong dan bertugas sebagai Polis Simpanan - A Kompeni, Lorong 14 Panaga dan sudah berkhidmat selama 19 tahun.

Ketika ditemubual Pelita Brunei, beliau berhasrat untuk mengenal agama Islam dan mula tertarik sebaik saja belajar di sekolah menengah setelah abang, kakak dan adiknya memilih Islam sebagai pegangan hidup.

Antara langkah positif yang beliau lakukan adalah berbincang dengan isteri dan anak-anaknya untuk mengenal agama Islam degan hati yang lebih terbuka sekali gus apabila anak sulungnya menyatakan hasrat dan berkeinginan hendak memeluk agama Islam.

"Semua itu menguatkan lagi azam serta hasrat yang sudah lama berputik dalam jiwa dan akhirnya mengambil keputusan sebulat suara untuk memeluk Islam," tambah beliau.

Sementara itu isterinya, Evelyn Sanah anak Ramba telah memilih nama Islamnya sebagai Dayang Nur Alyn Aleesa binti Abdullah Ramba, 38, manakala anaknya Aziela anak Sanggam telah memilih nama Islamnya sebagai Dayang Nur Syaza Zulaikha binti Abdul Muizz Shah, 19 dan masih menuntut di Maktab Teknik Sultan Saiful Rizal.

Anaknya kedua, Azierina anak Sanggam sekarang dikenali sebagai Dayang Nur Ariana Zahrina binti Abdul Muizz Shah, 14 dan menuntut di Sekolah St. Angela's Seria.

Hadir sama, Pemangku Timbalan Pesuruhjaya Polis, SAC Mohd. Irwan bin Haji Hambali, Pengarah-Pengarah, Timbalan Pengarah, Pegawai-Pegawai Kanan berserta Ahli-Ahli Pangkat Rendah Pasukan Polis Diraja Brunei.


Attachments