Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Berita

Manage PermissionsManage Permissions
SEKATAN JALANRAYA DAERAH POLIS BELAIT

​BELAIT, Jumaat 6 Mei – Beberapa orang pemandu kenderaan telah diambil tindakan kompaun di atas kesalahan melanggar beberapa peraturan-peraturan di bawah Akta Lalulintas Jalan Raya Penggal 68. 

Tindakan diambil adalah hasil daripada operasi sekatan jalanraya yang telah dikendalikan oleh keanggotaan daripada Ibu Pejabat Daerah Polis Belait dan Balai Polis Panaga di kawasan Mumong hala Kuala Belait. 

Lesen memandu mansuh, tidak mempunyai lesen memandu yang sah serta tayar kenderaan yang tidak selamat untuk digunakan adalah antara lain kesalahan-kesalahan yang telah ditemui semasa sekatan jalanraya tersebut dijalankan. 

Sekatan jalanraya tersebut telah diketuai oleh Sarjan Mejar 2978 Hajah Millie bersama 7 keanggotaan yang lain dan telah membuat pemeriksaan sekitar 70 buah kenderaan. 

Pasukan Polis Diraja Brunei (PPDB) akan sentiasa menjalankan sekatan-sekatan seperti ini dalam meningkatkan kesedaran orang ramai akan kepentingan mematuhi segala peraturan lalulintas di negara ini.



Dikeluarkan oleh :
UNIT PERHUBUNGAN AWAM
PEJABAT PESURUHJAYA POLIS
PASUKAN POLIS DIRAJA BRUNEI


Attachments