Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Berita

Manage PermissionsManage Permissions
WARGANEGARA TEMPATAN DIBERKAS

GADONG, Khamis 20 Jan - Satu serbuan mengejut telah dikendalikan oleh pegawai dan keanggotaan daripada Unit Siasatan Penumpasan Perjudian dan Pencegahan Maksiat, Jabatan Siasatan Jenayah, Pasukan Polis Diraja Brunei (PPDB) pada 20 Januari 2022 sekitar jam 12.21 tengah hari di salah sebuah bilik penginapan di kawasan Gadong, Daerah Brunei dan Muara. 

Serbuan berkenaan melibatkan aktiviti yang tidak bermoral iaitu dipercayai menjalankan kegiatan menawarkan khidmat seks. 

Susulan daripada pemeriksaan pihak polis ke bilik berkenaan seraya menahan seorang perempuan warganegara tempatan (suspek) berumur 51 tahun beserta beberapa bahan bukti seperti wang tunai dan telefon bimbit. 

Suspek yang ditahan segera dibawa menjalani ujian saringan COVID-19 (Swab Test) dan seterusnya bagi menjalani siasatan di bawah Seksyen 294A Kanun Hukuman Jenayah Penggal 22 atas kesalahan menawarkan khidmat seks. 

Pasukan Polis Diraja Brunei (PPDB) akan sentiasa membuat pemantauan dan risikan serta akan mengambil tindakan pada setiap kegiatan-kegiatan jenayah yang menyalahi undang-undang di negara ini.



Dikeluarkan oleh :
UNIT PERHUBUNGAN AWAM
PEJABAT PESURUHJAYA POLIS
PASUKAN POLIS DIRAJA BRUNEI



Attachments