Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Berita

Manage PermissionsManage Permissions
POLMAR GAGALKAN PERCOBAAN SELUDUP

MUARA, Rabu 24 Nov - Sebanyak 122 katon rokok berjaya ditemukan keanggotaan Polis Marin, Jabatan Gerakan, Pasukan Polis Diraja Brunei (PPDB) di kawasan hutan bakau berdekatan Perumahan Kg Sungai Bunga, Daerah Brunei Muara pada 23 November 2021. 

Insiden penemuan adalah hasil daripada pemantauan dan rondaan Polis Marin yang dijalankan di kawasan berkenaan berikutan dengan operasi pencarian sebuah perahu bersama dua (2) orang suspek yang telah melarikan diri apabila cuba dipintas Polis Marin kerana dalam keadaan mencurigakan dan dipercayai membawa barang tegahan. 

Semasa operasi pencarian dijalankan keanggotaan Polis Marin telah menemukan beberapa longgokan kotak mencurigakan yang diletakkan di kawasan hutan bakau. Pemeriksaan kemudian dijalankan dan mengesahkan ianya adalah merupakan barang tegahan rokok. Kesemua barang bukti diserahkan ke Jabatan Kastam dan Eksais Diraja (JKED) bagi siasatan lanjut. 

Pasukan Polis Diraja Brunei ingin menyeru orang ramai bagi menyalurkan dan mengongsikan sebarang maklumat mengenai kegiatan jenayah ke Pasukan Polis Diraja Brunei melalui talian 993 atau mana-mana Balai Polis yang berdekatan. 



Dikeluarkan oleh :
UNIT PERHUBUNGAN AWAM
PEJABAT PESURUHJAYA POLIS
PASUKAN POLIS DIRAJA BRUNEI


Attachments