Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Berita

Manage PermissionsManage Permissions
OPERASI PERALIHAN

BRUNEI MUARA, Rabu 24 Nov - Dalam usaha mendokong hasrat kerajaan menjayakan strategi dan rangka kerja pelan pemulihan kebangsaan COVID-19, peranan dan tanggungjawab setiap lapisan masyarakat adalah merupakan faktor yang penting dan kritikal bagi membawa negara ini keluar daripada situasi pandemik kepada endemik. 

Negara juga menyaksikan penurunan terhadap trend-trend jangkitan dibantu dengan sokongan pengambilan vaksinasi lengkap bagi menjangkau sasaran 80 peratus daripada bilangan penduduk negara. 

Ketika ini negara telah memasuki Fasa Peralihan di mana pelaksanaan langkah-langkah sekatan telah pun dikurangkan secara berperingkat. Namun masyarakat dikehendaki untuk tidak alpa dan terus memberi komitmen penuh dalam mematuhi prosedur operasi standard (SOP) dan pencegahan yang ditetapkan pihak kerajaan bagi mengelak kemungkinan berlakunya penularan dan juga kluster kes-kes yang baharu. 

Semalam 23 November 2021, melalui Operasi Peralihan yang dijalankan oleh agensi-agensi penguatkuasa undang-undang yang dipimpin oleh Pasukan Polis Diraja Brunei (PPDB) telah mencatatkan sebanyak 1 pelanggaran arahan ditemukan dan telah dikeluarkan tindakan kompaun ke atas individu berkenaan. 

Pelanggaran akta mengikut urutan daerah ; 

1 kesalahan di Daerah Brunei Muara. 

Pihak kerajaan pasti dan percaya bahawa penduduk negara akan berhasil mengharungi kehidupan dalam norma baharu ini selagi mana penekanan terhadap tanggungjawab ditanai dan dipatuhi dengan komitmen dan kewaspadaan yang tinggi.



Dikeluarkan oleh :
UNIT PERHUBUNGAN AWAM
PEJABAT PESURUHJAYA POLIS
PASUKAN POLIS DIRAJA BRUNEI


Attachments