Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Berita

Manage PermissionsManage Permissions
BUNGKUSAN BERISI BARANG TEGAHAN DIJUMPAI

BANDAR SERI BEGAWAN, Sabtu 20 Nov – Sebanyak 90 karton rokok berjaya dirampas dalam Operasi Sepadu Task Force COVID-19 yang dikendalikan oleh Pasukan Simpanan Polis C Kompeni, Pasukan Polis Diraja Brunei (PPDB) bersama Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB) pada 19 November 2021. 

Gabungan kolaborasi melalui rondaan operasi telah berhasil menemukan sebuah kenderaan dalam keadaan yang mencurigakan diletakkan di kawasan Simpang 776, Kampung Lumapas tanpa ada sebarang pemandu. 

Keanggotaan Balai Polis Kg Ayer, PPDB segera dimaklumkan bagi menjalankan siasatan. Pemeriksaan kemudian dijalankan dan telah mendapati penemuan dua kotak bungkusan berwarna hitam tersimpan di dalam kenderaan berkenaan. Kotak-kotak berkenaan kemudiannya dibongkar dan diperiksa lalu menemukan sejumlah katon-katon rokok tersimpan didalamnya. 

Kesemua barangan bukti dan kertas siasatan diserahkan ke Jabatan Kastam dan Eksais Diraja (JKED) bagi siasatan lanjut. 

PPDB serta agensi-agensi penguatkuasa akan sentiasa komited dalam arena tugasan pengesanan dan pembanterasan penyeludupan barang-barang tegahan di kawasan sempadan Negara Brunei Darussalam. 



Dikeluarkan oleh :
UNIT PERHUBUNGAN AWAM
PEJABAT PESURUHJAYA POLIS
PASUKAN POLIS DIRAJA BRUNEI


Attachments