Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Berita

Manage PermissionsManage Permissions
OPERASI PULIH

BRUNEI MUARA, Selasa 12 Okt - Pasukan Polis Diraja Brunei (PPDB) bersama agensi-agensi penguatkuasa yang dipertanggungjawabkan di dalam Operasi Pulih ini akan terus mengukuhkan lagi benteng kawalan dan pemantauan dengan menggerakkan lagi keanggotaan di kawasan-kawasan strategik sebagai jaminan tambahan dalam mengesan lagi sebarang pelanggaran undang-undang di bawah operasi ini. 

Catatan hasil daripada operasi hari ke lapan (8) semalam, 11 Oktober 2021 bermula jam 8 malam sehingga 4 pagi telah mendapati sejumlah 42 kesalahan denda kompaun telah dikeluarkan. 

30 Kesalahan di Daerah Brunei Muara 

5 Kesalahan di Daerah Belait 

5 Kesalahan di Daerah Tutong 

2 Kesalahan di Daerah Temburong 

Majoriti daripada kesalahan-kesalahan didapati adalah melibatkan pelanggaran perintah arahan bertahan di dalam kediaman diikuti dengan kesalahan tidak mempunyai aplikasi Bruhealth serta tidak memakai sungkup muka. 

Dalam pada itu, ditekankan dan ditegaskan kepada orang ramai agar lebih peka dengan arahan dan perintah kerajaan untuk sentiasa berada di dalam rumah kediaman masing-masing di sepanjang Operasi Pulih ini dijalankan. 

Bersama-samalah bergading bahu serta mengambil peranan masing-masing dalam usaha negara membantu memulihkan kembali situasi keadaan kehidupan seperti sediakala.



Dikeluarkan oleh :
UNIT PERHUBUNGAN AWAM
PEJABAT PESURUHJAYA POLIS
PASUKAN POLIS DIRAJA BRUNEI


Attachments