Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Berita

Manage PermissionsManage Permissions
WARGA TEMPATAN INGKAR ARAHAN KERAJAAN

​BERAKAS, Isnin 11 Okt - Kerjasama masyarakat awam dalam membantu kerajaan menjayakan Operasi Pulih adalah menjadi tanggungjawab bersama bagi mengawal dan mengurangkan risiko penularan jangkitan COVID-19. 

Namun demikian, masih ada lagi yang mengambil ringan akan larangan yang dikeluarkan pihak kerajaan dan didapati tidak berada di kediaman masing-masing dari jam 8.00 malam hingga 4.00 pagi pada 9 Oktober 2021. 

Semalam, pada 9 Oktober 2021 sekitar jam 11.25 malam, bertindak atas maklumat yang disalurkan dari agensi penguatkuasa yang bertugas iaitu Pihak Penguatkuasa Bandaran yang mana telah menemukan sebuah kenderaan bersama pemandunya di kawasan Jalan Kecil, berdekatan Sekolah Rendah Anggerek Desa, Berakas kerana didapati telah melanggar perintah arahan bertahan di dalam kediaman. 

Keanggotaan Balai Polis Berakas segera bertindak ke tempat kejadian bagi menjalankan tindakan denda kompaun dan seraya menjalankan pemeriksaan ke atas kenderaan terbabit. 

Semasa pemeriksaan dijalankan ke atas kenderaan individu (suspek) tersebut dan telah ditemukan barang-barang tegahan seperti 1 botol minuman keras yang disorokkan di tempat letak kaki penumpang belakang sebelah kiri dan beberapa paket rokok di kerusi penumpang sebelah hadapan. 

Suspek merupakan seorang lelaki warga tempatan yang berumur 36 tahun. 

Kes ini diserahkan kepada Jabatan Kastam dan Eksais Diraja (JKED) bagi peralihan siasatan bersama suspek dan juga barang-barang bukti. 

PPDB bersama agensi-agensi penguatkuasa yang lain tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap sesiapa yang tidak mematuhi arahan-arahan yang telah dikeluarkan pihak kerajaan dalam usaha negara membendung sepenuhnya penularan wabak COVID-19.



Dikeluarkan oleh :
UNIT PERHUBUNGAN AWAM
PEJABAT PESURUHJAYA POLIS
PASUKAN POLIS DIRAJA BRUNEI


Attachments