Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Berita

Manage PermissionsManage Permissions
PEMANDU DIBERKAS BAWA BARANG TEGAHAN

​TEMBURONG, Selasa 14 Sept - Hasil daripada risikan dan pemantauan yang berterusan, Balai Polis Bangar, Pasukan Polis Diraja Brunei (PPDB) sekali lagi telah berhasil menahan seorang individu (suspek) bersama barang tegahan yang dipercayai cuba untuk dibawa masuk ke negara ini. 

Insiden berkenaan berlaku pada 12 September 2021 sekitar awal malam di mana penahanan suspek telah dibuat di kawasan Jalan Labu berdekatan Brunei Bridge Authority, Temburong. Sejurus pemeriksaan kenderaan dijalankan dan telah menemukan 2 kotak bungkusan besar yang mencurigakan disimpan di bahagian bonet belakang kenderaan. Siasatan awal dijalankan dan mendapati barangan tersebut merupakan barang tegahan iaitu rokok. 

Suspek bersama kenderaan dan barang rampasan dibawa ke Balai Polis Bangar bagi menjalani siasatan. Hasil daripada pemeriksaan lanjut, barang tegahan yang ditemukan adalah berjumlah 100 katon rokok. 

Suspek merupakan seorang lelaki warganegara tempatan dan berumur 21 tahun dan kemudiannya diserahkan bersama barang rampasan ke Jabatan Kastam dan Eksais Diraja (JKED) bagi siasatan lanjut. 

Di samping negara sedang berusaha dalam pengawalan wabak COVID-19 ini, masih terdapat segelintir individu yang masih degil dan mengambil ringan akan larangan-larangan kerajaan dalam usaha untuk memutuskan rantai penularan daripada jauh merebak di kalangan orang ramai. 

PPDB dalam hal ini, tidak ada teragak-agak dan akan mengambil tindakan sewajarnya melalui peruntukan undang-undang yang telah dikuatkuasakan bagi memastikan masyarakat dan negara ini sentiasa di dalam keadaan aman dan juga sejahtera.



Dikeluarkan oleh :
UNIT PERHUBUNGAN AWAM
PEJABAT PESURUHJAYA POLIS
PASUKAN POLIS DIRAJA BRUNEI

Attachments