Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Berita

Manage PermissionsManage Permissions
PENEMUAN SEORANG BAYI

​BRUNEI MUARA, Khamis 15 Julai - Balai Polis Sengkurong, Pasukan Polis Diraja Brunei (PPDB) mengesahkan telah menerima laporan dari talian kecemasan 993 pada 15 Julai 2021 sekitar jam 6.40 pagi mengenai penemuan seorang bayi lelaki yang masih hidup diletakkan di ruangan garaj sebuah rumah kediaman di kawasan Kg Lugu, Sengkurong. 

Bayi berkenaan segera diselamatkan oleh pemilik rumah dan segera memaklumkan Pihak Polis dan juga Ambulans bagi bantuan segera.

Sejurus Pihak Paramedik hadir, bayi tersebut segera dikejarkan ke Hospital Raja Isteri Pengiran Anak Saleha (RIPAS) bagi dijalankan pemeriksaan kesihatan. 

Dalam pada itu, beberapa rakaman foto juga telah turut tular di media sosial memaparkan keadaan bayi yang hanya diselimuti oleh secebis kain dipercayai jenis tuala. 

Oleh yang demikian, Pasukan Polis Diraja Brunei (PPDB) sedang menjalankan siasatan mengenai insiden ini dan memohon kepada orang ramai atau sebarang saksi yang mengetahui akan insiden ini agar dapat tampil bagi menyalurkan maklumat ke Unit Siasatan Jenayah Penderaan Wanita dan Kanak-Kanak, Jabatan Siasatan Jenayah di talian kecemasan 993 atau 2459500 ext 490 / 333.



Dikeluarkan oleh :
UNIT PERHUBUNGAN AWAM
PEJABAT PESURUHJAYA POLIS
PASUKAN POLIS DIRAJA BRUNEI


Attachments