Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Berita

Manage PermissionsManage Permissions
PENUNGGANG BASIKAL MAUT

​SERIA, Jumaat 20 November - Balai Polis Panaga, Pasukan Polis Diraja Brunei (PPDB) telah menerima satu laporan kemalangan jalanraya melibatkan seorang penunggang basikal dan sebuah kereta yang berlaku di kawasan Lebuhraya Seria By Pass hala Mumong. 

Setelah siasatan yang dijalankan oleh pihak polis mendapati bahawa mangsa tersebut sedang berbasikal berseorangan di bahu kiri jalanraya dan dipercayai telah dirempuh oleh sebuah kereta daripada bahagian belakang. 

Pihak paramedik bertugas telah mengesahkan bahawa mangsa telah meninggal dunia di tempat kejadian dan punca kemalangan masih dalam siasatan. 

PPDB ingin menasihatkan sekali lagi kepada semua pengguna jalanraya untuk sentiasa peka dan fokus kepada sekeliling keadaan ketika memandu di lebuhraya. 

Pasukan Polis Diraja Brunei (PPDB) ingin menasihati sekali lagi kepada semua para pengguna jalanraya untuk sentiasa peka dan fokus kepada keadaan sekeliling ketika memandu di lebuhraya. 

Oleh itu, ditekankan kepada pengguna jalanraya untuk sentiasa akur dan mengikuti had laju yang telah ditetapkan bagi mengelak dari sebarang insiden yang tidak diingini berlaku.



Dikeluarkan oleh :
UNIT PERHUBUNGAN AWAM
PEJABAT PESURUHJAYA POLIS
PASUKAN POLIS DIRAJA BRUNEI


Attachments