Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Berita

Manage PermissionsManage Permissions
PERCUBAAN MASUK BARANG TEGAHAN GAGAL

​MUARA, Isnin 16 November - Satu percubaan membawa masuk barang tegahan iaitu sebanyak 191 tin dan 23 botol minuman keras pelbagai jenama telah berjaya dirampas oleh Polis Marin, Pasukan Polis Diraja Brunei yang berlaku di kawasan perairan Pulau Chermin pada 15 November 2020. 

Kejadian berlaku ketikamana rondaan sungai sedang dijalankan pada waktu malam dan telah mengesan bunyi enjin perahu dari hujung daratan Kampung Mentiri. Sejurus menyedari akan kehadiran pihak polis, sebuah kereta yang berada di daratan Kg Mentiri terus melarikan diri begitu juga dengan  sebuah perahu yang didapati memecut keluar dari sungai menuju ke laut Mentiri. 
 
Pemeriksaan lanjut pihak polis telah menemui beberapa kotak dan bungkusan yang terapung dipercayai barang tegahan dan segera dipunggah dan dibawa ke Ibu Pejabat Polis Marin untuk dijalankan siasatan. Seterusnya kes ini diserahkan kepada Jabatan Kastam dan Eksais Diraja (JKED) bagi tindakan lanjut. 
 
Pasukan Polis Diraja Brunei akan terus mempergiatkan rondaan dan pemantauan yang berterusan bagi mengekang sebarang kegiatan jenayah yang berlaku di kawasan sempadan dan perairan Negara Brunei Darussalam. 



Dikeluarkan oleh :
UNIT PERHUBUNGAN AWAM
PEJABAT PESURUHJAYA POLIS
PASUKAN POLIS DIRAJA BRUNEI



Attachments