Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Berita

Manage PermissionsManage Permissions
PEMBANTU RUMAH MATI MENCURIGAKAN

​KUALA BELAIT, Isnin 12 Oktober – Pada 10hb Oktober 2020 kira-kira jam 08:54 pagi, Pasukan Polis Diraja Brunei telah menerima panggilan kecemasan 993 berhubung dengan seorang wanita tidak sedarkan diri dan dalam keadaan berlumuran darah di sebuah rumah di Kampong STKRJ Jalan Derma Wangsa, Kuala Belait. 

Berdasarkan penyiasatan lanjut yang telah dijalankan oleh Pasukan Polis, identiti mayat adalah seorang wanita warganegara Indonesia berumur 38 tahun. Siasatan awal juga mendapati kesan-kesan luka di bahagian tubuh mangsa. 

Pihak polis telah menahan dua orang suspek dan hari ini telah dihadapkan ke mahkamah bagi tujuan reman untuk membantu siasatan. 

Kes ini disiasat di bawah Seksyen 302 iaitu Bunuh, Kanun Hukuman Jenayah, Penggal 22. Motif kes ini masih lagi dalam siasatan dan kes ini akan disebut semula pada 26 Oktober 2020. 

Pihak Polis menggesa orang ramai untuk menghubungi talian 993 atau melaporkan ke balai-balai polis berdekatan, jika memiliki sebarang maklumat mengenai kejadian ini.



Dikeluarkan oleh :
UNIT PERHUBUNGAN AWAM
PEJABAT PESURUHJAYA POLIS
PASUKAN POLIS DIRAJA BRUNEI


Attachments