Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Berita

Manage PermissionsManage Permissions
PENGAWASAN KEJIRANAN TINGKATKAN HUBUNGAN BAIK

BANDAR SERI BEGAWAN, Isnin 27 Julai – Program Pengawasan Kejiranan (PK) sentiasa berterusan dalam usaha merapatkan hubungan Pasukan Polis Diraja Brunei (PPDB) bersama orang ramai melalui penglibatan ahli-ahli PK dalam sama-sama menjaga keamanan dan kesejahteraan Negara.   

Dalam pada itu, Unit Pengawasan Kejiranan Balai Polis Pusat, Bandar Seri Begawan (BSB) telah mengadakan pendekatan bersama ketua-ketua kampung di bawah Mukim Kilanas yang diketuai oleh Pegawai Menguasa Balai Polis Pusat BSB, Penolong Penguasa Polis (ASP) Dayangku Siti Munirah binti Pengiran Haji Damit yang berlangsung pada 22 Julai 2020 yang lalu. 
 
Pendekatan berkenaan telah dihadiri oleh Pemangku Penghulu Mukim Kilanas selaku ketua Kg Bengkurong & memangku Ketua Kg Burong Lepas Awang Haji Talib bin Haji Bakar, Pemangku Ketua Kg Tasek Meradun / Bunut Pengiran Haji Ahmad bin Pengiran Haji Matarsad, Pemangku Ketua Kg Bunut Perpindahan Awang Haji Durahim bin Hassan, Ketua Kg Madewa Awang Haji Jumat bin Haji Salleh dan Ketua Kg Tanjong Bunut Awang Haji Abdul Rahman bin Haji Jumat.  

MUARA - Manakala Unit PK Balai Polis Muara juga telah membuat pendekatan bersama Pemangku Ketua RPN / STKRJ Kg Tanah Jambu Haji Abdul Wahab Haji Kassim yang diketuai oleh Pemangku Pegawai Menguasa Balai Polis Muara, Inspektor Kanan (S/INSP) Saidin bin Mohamad Salleh yang turut dihadiri beberapa orang anggota balai.   

JERUDONG – Keanggotaan Unit PK Balai Polis Sengkurong yang diketuai Penolong Pegawai Menguasa Balai Polis Sengkurong, Inspektor Pengiran Noorhasni bin Pengiran Haji Omar juga turut mengadakan pendekatan yang sama bersama Pemangku Ketua Kg Jerudong ‘A’ Haji Khairul Azmi bin Haji Lakat / Ahmad.   

Objektif pendekatan-pendekatan tersebut adalah bagi suai kenal dengan ketua-ketua kampung, penerangan mengenai statistik-statitik jenayah yang berlaku di kawasan kampung tersebut dari bulan Januari 2020 hingga  Jun 2020, berkongsi maklumat, permasalahan kampung dan perancangan aktiviti PK di masa akan datang.  

Pendekatan ini adalah aktiviti kemasyarakatan dalam usaha mewujudkan hala tuju suasana yang harmoni lagi selamat, maka setiap penduduk di dalam sesebuah kampung tersebut diseru untuk tidak putus-putus memberi sokongan padu dalam usaha membanteras dan mengurangkan jenayah. 



Dikeluarkan oleh :
UNIT PERHUBUNGAN AWAM
PEJABAT PESURUHJAYA POLIS
PASUKAN POLIS DIRAJA BRUNEI


Attachments