Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Berita

Manage PermissionsManage Permissions
SIDANG MEDIA KES ROMPAK DAN JUDI (4D), KUALA BELAIT

BELAIT, Khamis 25 Jun - Pada 30 Mei 2020 Balai Polis Kuala Belait telah menerima laporan mengenai satu (1) kes kejadian rompak yang telah berlaku pada 29 Mei 2020 kira kira jam 4.30 petang di tempat perhentian bas kawasan Panaga di mana mangsa warga asing telah menumpang kenderaan suspek lalu suspek berkenaan telah mengancam mangsa berkenaan menggunakan pisau.

Hasil siasatan kes tersebut, pada 22 Jun 2020, Pasukan Polis Diraja Brunei telah berjaya menangkap suspek berkenaan iaitu seorang lelaki rakyat tempatan berumur 35 tahun.

Pada 24 Jun 2020, suspek dihadapkan ke Mahkamah di atas pertuduhan di bawah Seksyen 392 Kanun Hukuman Jenayah Penggal 22 iaitu Rompak yang boleh dihukum penjara tidak lebih 30 tahun dan sebat tidak kurang daripada 12 sebatan. Suspek masa ini direman di Penjara Jerudong.

Pada 24 Jun 2020, hasil maklumat dan risikian yang telah dijalankan, Daerah Polis Belait, Pasukan Polis Diraja Brunei telah berhasil menahan tiga suspek kerana disyaki terlibat dalam kegiatan Perjudian 4 digit di Kg Sg Liang Belait.

Suspek yang ditahan adalah seorang lelaki warganegara Malaysia berumur 60 tahun, seorang perempuan penduduk tetap berumur 58 tahun dan seorang lelaki rakyat tempatan berumur 63 tahun yang dipercayai terlibat menjalankan kegiatan mengutip slip taruhan daripada pembeli loteri.

Dalam serbuan yang dijalankan petang tadi, beberapa barang yang dipercayai digunakan dalam perjudian termasuk wang tunai dan slip pertaruhan berjaya dirampas.

Suspek dan barang rampasan dibawa ke Balai Polis Sg Liang bagi siasatan lanjut dan akan menghadapi pertuduhan di bawah Seksyen 4(c) Akta Rumah Judi Terbuka Penggal 28 yang boleh dihukum penjara sehingga 3 tahun dan denda tidak kurang daripada $5,0000.



Dikeluarkan oleh :
UNIT PERHUBUNGAN AWAM
PEJABAT PESURUHJAYA POLIS
PASUKAN POLIS DIRAJA BRUNEI


Attachments