Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Berita

Manage PermissionsManage Permissions
PADAH CURI BARANG

​BRUNEI MUARA, 21 Mei - Seorang pekerja asing berbangsa Filipina yang bekerja di salah sebuah gedung perniagaan di kawasan Kiulap telah dihadapkan ke Mahkamah hari ini bagi menghadapi pertuduhan di bawah Seksyen 380 Curi dalam Bangunan Kanun Hukuman Jenayah Penggal 22. 

Kejadian dilaporkan oleh pengurus gedung perniagaan tersebut setelah pemeriksaan stok barangan dijalankan pada 18 Mei 2020 dan mendapati kekurangan stok barangan elektrik iaitu 1 cerek elektrik pemanas air jenama Cornell dan 1 periuk nasi elektrik jenama Miyako.  

2020-05-22 at 17.22 (5).jpeg
 
Siasatan awal mendapati pengurus gedung ada membuat pemeriksaan di bilik kediaman suspek dan menemui barang-barang tersebut ada berada di dalam bilik suspek. 
 
Justeru itu, suspek telah mengakui ada mengambil barang tersebut. Lalu mengambil tindakan dengan membuang kesemua barangan curi ke pembuangan sampah di luar kediamannya setelah pengurus gedung tersebut mengetahui akan perkara berkenaan. 
 
Daripada maklumat yang diperolehi daripada pengurusan gedung menjelaskan pada tahun 2018 suspek pernah mengambil wang berjumlah $100 daripada kaunter pembayaran  dan pihak pengurus gedung hanya mengambil tindakan dalaman terhadap suspek. 
 
Setelah kes dibicarakan, pihak mahkamah telah menjatuhkan hukuman ke atas Roel Dizon Niro, warganegara Filipina berumur 38 tahun dengn 6 bulan pemenjaraan di Penjara Maraburong bermula 21 Mei 2020. 
 
Pasukan Polis Diraja Brunei ingin menyarankan kepada peniaga-peniaga untuk memasang sistem kamera litar tertutup di kawasan-kawasan premis perniagaan untuk tujuan pengawasan dan pencegahan jenayah serta dapat membantu dalam penyiasatan pihak polis. 



Dikeluarkan Oleh : 
UNIT PERHUBUNGAN AWAM 
PEJABAT PESURUHJAYA POLIS
PASUKAN POLIS DIRAJA BRUNEI


Attachments