Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Berita

Manage PermissionsManage Permissions
POLIS MARIN GAGALKAN PERCUBAAN PENYELUDUPAN

​BRUNEI MUARA, Sabtu 22 Feb - Polis Marin, Jabatan Gerakan, Pasukan Polis Diraja Brunei (PPDB) telah berhasil menggagalkan 1 percubaan kegiatan penyeludupan barangan tegahan di kawasan Perairan Sungai Riong Kampong Putat, Daerah Brunei Muara. 

Kegiatan penyeludupan berlaku pada 22 Februari 2020, ketika mana keanggotaan Polis Marin sedang menjalankan rondaan di kawasan perairan Sungai Putat dan telah mendapati ada sebuah perahu yang mencurigakan hendak menghala masuk ke kawasan Sungai Putat daripada Sungai Riong. Apabila perahu tersebut menyedari akan kehadiran Pihak Polis, perahu berkenaan segera berpatah balik untuk melarikan diri.  
 
Pihak polis seraya mengejar lalu menemukan perahu yang mencurigakan sedang terdampar dan ditinggalkan di kawasan simpang 3 Sungai Riong tanpa sebarang pemandu dan penumpang. 

2020-02-23 at 13.44.56 (4).jpeg
 
Setelah pemeriksaan dijalankan ke atas perahu berkenaan telah menemukan barangan tegahan iaitu sebanyak 280 karton rokok dengan pelbagai jenama. Kesemua barang-barang tegahan tersebut dibawa ke Polis Marin dan kes dipindahkan siasatannya serta tindakan lanjut ke Jabatan Kastam dan Eksais Diraja (JKED). 
 
PPDB akan sentiasa membuat pemantauan, menjejak dan seterusnya membanteras kegiatan mahupun penjenayah-penjenayah yang hendak bertapak dan menjalankan aktiviti-aktiviti haram di negara ini.   Kerjasama orang ramai dalam menyalurkan maklumat adalah sangat berkesan dan membolehkan operasi pembanterasan aktiviti yang menyalahi peraturan ini dapat dilaksanakan dengan jayanya. 



Dikeluarkan Oleh : 
UNIT PERHUBUNGAN AWAM 
PEJABAT PESURUHJAYA POLIS
PASUKAN POLIS DIRAJA BRUNEI​


Attachments