Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Berita

Manage PermissionsManage Permissions
BALAI POLIS SUNGAI LIANG KENDALI OPERASI SEPADU

2020-02-21 at 19.37.12 (1).jpeg

SUNGAI LIANG, Khamis 20 Feb - Sebanyak 4 kesalahan memiliki barang tegahan iaitu rokok ditemui hasil daripada Operasi Sepadu yang dijalankan di Daerah Belait semalam. 
 
Operasi yang dijalankan melibatkan 5 buah agensi penguatkuasa undang-undang itu telah mensasarkan ke dua lokasi rumah pekerja asing di bawah tadahan kawasan Sungai Liang. 
 
Seramai 38 orang pegawai dan anggota terlibat dalam operasi ini yang dikendalikan oleh Balai Polis Sungai Liang, Pasukan Polis Diraja Brunei (PPDB) bersama Jabatan Kastam dan Eksais Diraja (JKED), Jabatan Imigresen dan Pendaftaran Kebangsaan (JIPK), Biro Kawalan Narkotik (BKN) dan Bahagian Penguatkuasa Ugama (BPU) serta penglibatan Pengawasan Kejiranan yang diketuai oleh Penolong Pegawai Menguasa Balai Polis Sungai Liang, Inspektor Kanan Polis (S/Insp) Haji Rabi'ul Shukreen bin Abdullah. 
 
Semasa pemeriksaan dijalankan, pihak JIPK telah mendapati 2 orang pekerja asing gagal menunjukkan dokumen diri dan telah mengeluarkan 8 pas khas (Special Pass) kepada 8 orang pekerja asing setelah didapati melanggar akta dan untuk siasatan lanjut jabatan berkenaan. 
 
Agensi Penguatkuasa Undang-Undang akan sentiasa komited dan berterusan dalam menegakkan perundangan negara ini untuk memastikan Negara Brunei Darussalam sentiasa bersih daripada segala anasir-anasir negatif yang menyumbang kepada kejadian-kejadian jenayah. 
 
Orang ramai juga diseru untuk sentiasa memberikan kerjasama yang padu dalam penyaluran dan perkongsian maklumat melalui talian-talian kecemasan pihak-pihak penguatkuasa undang-undang di negara ini. 



Dikeluarkan Oleh : 
UNIT PERHUBUNGAN AWAM 
PEJABAT PESURUHJAYA POLIS
PASUKAN POLIS DIRAJA BRUNEI​


Attachments