Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Berita

Manage PermissionsManage Permissions
PENYERAHAN POSTER SAMBUTAN HARI POLIS KE-99 TAHUN

IMG-20200218-WA0058.jpg

​GADONG, Rabu 19 Feb - Bersempena Sambutan Hari Polis Ke-99 tahun pada tahun ini, seperti lazimnya akan dimeriahkan dengan pelancaran dan pengedaran poster bersempena sambutan Hari Polis ke seluruh negara dengan tema Bersama Menghadapi Cabaran. 

Majlis Penyerahan Poster Hari Polis ke-99 tahun ini telah berlangsung pada 19 Februari 2030 di Dewan Bankuet, Mes Ibu Pejabat Pasukan Polis Diraja Brunei (PPDB), Gadong. 
 
Hadir selaku tetamu kehormat ialah Yang Mulia Pesuruhjaya Polis PPDB, Dato Paduka Seri Haji Mohd Irwan bin Haji Hambali. 
 
Turut hadir ialah Yang Mulia Timbalan Pesuruhjaya Polis, PPDB, Pengiran Dato Seri Pahlawan Haji Mohammad Jefri bin Pengiran Haji Abd Hamid, Para Pengarah, Timbalan Pengarah, Pegawai-Pegawai Pemerintah Daerah Polis, Ketua-Ketua Formasi, Pegawai-Pegawai Kanan, Pegawai serta anggota PPDB. 
 
Acara kemuncak pada majlis tersebut ialah penyerahan poster kepada kesemua pegawai PPDB serta jemputan-jemputan khas yang terdiri daripada Yang Berhormat Ahli Majlis Mesyuarat Negara selaku Penghulu-Penghulu Kampung,  pengamal-pengamal media dan wakil-wakil kementerian serta media-media massa di negara ini. 
 
Pemberigaan poster-poster ini bertujuan sebagai pembuka tirai dan pemakluman kepada orang ramai akan sambutan Hari Polis ke 99 tahun dengan Istiadat Perbarisan Hari Polis (HP99) yang akan berlangsung pada 25 Februari 2020. 



Dikeluarkan Oleh : 
UNIT PERHUBUNGAN AWAM 
PEJABAT PESURUHJAYA POLIS
PASUKAN POLIS DIRAJA BRUNEI​


Attachments