Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Berita

Manage PermissionsManage Permissions
MEMBERIKAN KETERANGAN PALSU

KUALA BELAIT, Selasa 18 Feb - Seorang lelaki tempatan yang didakwa dengan pertuduhan Memberi Keterangan Palsu di bawah Seksyen 182 Kanun Hukuman Jenayah Penggal 22 telah dihadapkan ke Mahkamah Majistret, Bandar Seri Begawan pada hari ini. 

Menurut siasatan awal Pihak Polis mendapati seorang lelaki telah datang ke Balai Polis Kuala Belait pada 15hb Februari 2020 untuk melaporkan satu aduan kes jenayah. Walau bagaimanapun, setelah siasatan dijalankan mendapati laporan tersebut adalah palsu.  
 
Tertuduh merupakan seorang warga tempatan bernama Muhammad Haziman Azmi bin Hamzah berumur 20 tahun bekerja di sebuah Syarikat Swasta, Jalan Pandan 5 Kuala Belait.  
 
Hasil daripada perbicaraan, Pihak Mahkamah telah menjatuhkan hukuman penjara selama 1 bulan yang bermula pada tarikh 18 Februari 2020 di Penjara Maraburong. 
 
Adapun tujuan sebenar kenapa tertuduh membuat laporan palsu adalah disebabkan untuk mengelak daripada diketahui oleh ibunya bahawa telefon bimbitnya telah ditahan kawannya bagi pembelian dadah. 
 
PPDB memberi peringatan dan amaran bahawa Pihak Polis tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan undang-undang dengan sewajarnya terhadap mana-mana individu yang cuba untuk membuat laporan palsu atau menyalahgunakan sebarang aduan laporan di negara ini. 
 


Dikeluarkan Oleh : 
UNIT PERHUBUNGAN AWAM 
PEJABAT PESURUHJAYA POLIS
PASUKAN POLIS DIRAJA BRUNEI​


Attachments