Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Berita

Manage PermissionsManage Permissions
BALAI POLIS MUARA KENDALI SEKATAN JALANRAYA

MUARA, Khamis 6 Feb -  Balai Polis Muara, Pasukan Polis Diraja Brunei (PPDB) telah menjalankan Operasi Sekatan Jalanraya di kawasan Jalan Industri Kampong Salar, Muara. 

Hasil sekatan operasi telah mengeluarkan 5 kesalahan kompaun ke atas pemandu yang didapati melanggar akta kesalahan seperti 3 kesalahan plat lesen tidak terang, 1 kesalahan lampu dipasang dengan tidak betul yang boleh membahayakan dan 1 kesalahan disebabkan tayar botak. 
 
Pasukan Polis Diraja Brunei mengingati kepada orang awam agar sentiasa patuh peraturan di jalanraya, pandu dengan cermat dan selamat serta hindari daripada sebarang kemalangan. 
 


Dikeluarkan Oleh : 
UNIT PERHUBUNGAN AWAM 
PEJABAT PESURUHJAYA POLIS
PASUKAN POLIS DIRAJA BRUNEI​


Attachments