Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Berita

Manage PermissionsManage Permissions
LELAKI TEMPATAN HADAPI HUKUMAN PENJARA

BANDAR SERI BEGAWAN, Rabu 8 Jan - Balai Polis Seria, Pasukan Polis Diraja Brunei (PPDB) hari ini 8 Januari 2020 telah menghadapkan seorang lelaki warga tempatan ke Mahkamah Majistret kerana disyaki melakukan curi. 

Suspek bernama Mohd Shahmir Bujang berumur 44 tahun tidak mempunyai sebarang pekerjaan. 
 
Suspek ditahan dalam keadaan mencurigakan semasa keanggotaan Balai Polis Seria sedang membuat rondaan harian di kawasan Pekan Seria. Semasa disoal siasat dan pemeriksaan dijalankan ke atas suspek telah menemukan beberapa barang yang dipercayai barangan curi. Suspek kemudian dibawa ke Balai Polis Seria bagi dijalankan siasatan dan tindakan lanjut. 
 
Semasa siasatan dijalankan, suspek mengakui telah melakukan beberapa kejadian curi di sebuah rumah kediaman yang tidak berpenghuni di kawasan Pekan Seria yang membabitkan kehilangan barangan elektrik seperti pengecas bateri, tape player, dvd player dan beberapa barangan yang lain lagi. 

2020-01-08 at 19.14 (3).jpeg
 
Kes ini disiasat di bawah Seksyen 379, 380 & 447 Kanun Hukuman Jenayah Penggal 22 iaitu curi, curi dalam bangunan dan ceroboh. 

Suspek dijatuhkan hukuman penjara di Maraburong selama 13 bulan bermula hari ini 8 Januari 2020. 
 
PPDB akan sentiasa berusaha dalam menjalankan pemantauan, menjejak dan mengesan sebarang kegiatan-kegiatan jenayah di samping membuat penangkapan ke atas penjenayah-penjenayah yang berhasrat untuk mengganggu ketenteraman dan kesejahteraan di Negara ini. 



Dikeluarkan Oleh : 
UNIT PERHUBUNGAN AWAM 
PEJABAT PESURUHJAYA POLIS
PASUKAN POLIS DIRAJA BRUNEI​

Attachments