Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Berita

Manage PermissionsManage Permissions
AMBIL LANGKAH WASPADA - SERANGAN BUAYA

KUALA BELAIT, Ahad 6 Okt - Seorang lelaki warganegara Bangladesh berumur 37 tahun terselamat daripada serangan buaya yang berlaku di kawasan Pandan, Kuala Belait. 

Kejadian berkenaan telah dilaporkan ke Balai Polis Kuala Belait, Pasukan Polis Diraja Brunei (PPDB) pada 5 Oktober 2019 sekitar jam 1040hrs. Menurut saksi, mangsa yang terselamat sedang melakukan kerja memotong rumput di kawasan tepi longkang Kg Pandan dan selang berapa lama kemudian mendapati kelibat mangsa tidak ada kelihatan di kawasan berkenaan. 
 
Saksi lalu mencari mangsa dan telah mendapati mangsa sedang bergelut dengan seekor buaya. Saksi cuba membantu dengan menyerang buaya tersebut menggunakan mesin rumput. Justeru, buaya tersebut telah melepaskan mangsa dan berjaya diselamatkan. 
 
Mangsa kemudian dikejarkan ke Hospital Suri Seri Begawan, Kuala Belait untuk menjalani pemeriksaan kesihatan. Mangsa mengalami kecederaan luka di bahagian paha dan punggung akibat daripada gigitan buaya berkenaan dan ketika ini dalam keadaan stabil. 
 
Berikutan kejadian serangan ini, beberapa pihak kerajaan seperti Jabatan Bomba dan Penyelamat, Bahagian Hidupan Liar beserta PPDB telah membuat pemantauan dan tindakan segera bagi memasang beberapa perangkap di beberapa lokasi perparitan untuk menangkap buaya tersebut. 
 
Di samping itu, Pasukan Polis Diraja Brunei (PPDB) ingin mengingatkan orang awam agar sentiasa mengambil langkah-langkah keselamatan dan berwaspada terutamanya di kawasan-kawasan perairan bagi mengelak sebarang perkara yang tidak diingini berlaku. 
 
PPDB juga ingin mengingatkan kepada orang ramai agar tidak menularkan mana-mana maklumat yang tidak berasas ataupun yang palsu. 



Dikeluarkan Oleh : 
UNIT PERHUBUNGAN AWAM 
PEJABAT PESURUHJAYA POLIS
PASUKAN POLIS DIRAJA BRUNEI


Attachments