Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Berita

Manage PermissionsManage Permissions
JUDI 4 DIGIT LOTERI

​BRUNEI MUARA, Rabu 11 Sept- Unit Penumpasan Perjudian dan Pencegahan Maksiat, Jabatan Siasatan Jenayah, Pasukan Polis Diraja Brunei (PPDB) telah berhasil membuat serbuan kegiatan perjudian pada petang 11 September 2019.   

Serbuan berkenaan dibuat di sebuah premis perniagaan menjual alat perkakasan di kawasan Blok Adek, Taman Alam, Jalan Gadong-Link, Beribi. 
 
Dalam serbuan tersebut, Pihak Polis telah berjaya menahan seorang lelaki penduduk tetap bernama Ting Teo Ngo berumur 55 tahun dipercayai terlibat menerima nombor pertaruhan perjudian jenis 4 Digit Loteri.   

Sejumlah wang tunai dan juga keratan-keratan kertas berisi nombor 4 digit loteri ditemui dan dirampas untuk siasatan Pihak Polis. Suspek kemudian dibawa ke Jabatan Siasatan Jenayah untuk siasatan lanjut.   

Kes disiasat dibawah Akta Rumah Perjudian Terbuka Penggal 28, Seksyen 4 (c) Kesalahan Pengendalian Loteri yang membawa hukuman denda sebanyak $20,000 ringgit Brunei dan penjara selama 12 Bulan.   

PPDB mengucapkan penghargaan terima kasih di atas perkongsian maklumat terhadap kegiatan berkenaan dan menyarankan kepada orang ramai untuk memberikan maklumat apa saja kegiatan-kegiatan yang mencurigakan kepada pihak Polis ditalian kecemasan Polis 993 atau ke Balai-Balai Polis yang berdekatan. 
 


Dikeluarkan Oleh : 
UNIT PERHUBUNGAN AWAM 
PEJABAT PESURUHJAYA POLIS
PASUKAN POLIS DIRAJA BRUNEI


Attachments