Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Berita

Manage PermissionsManage Permissions
MAJLIS IBADAH KORBAN PASUKAN POLIS DIRAJA BRUNEI (PPDB)

GADONG, Selasa 13 Ogos - Badan Ugama Islam (BUI), Pasukan Polis Diraja Brunei (PPDB) telah mengadakan Majlis Ibadah Korban sempena Hari Raya Aidiladha bagi tahun 1440 Hijrah bersamaan dengan tahun 2019 Masihi yang telah berlangsung di Surau Ibu Pejabat Polis Gadong, petang tadi. 


Hadir selaku tetamu kehormat serta menyempurnakan pengagihan daging-daging korban pada majlis berkenaan ialah Pesuruhjaya Polis PPDB, Dato Paduka Seri Haji Mohammad Irwan bin Haji Hambali. 

Turut hadir, Timbalan Pesuruhjaya Polis, Pengiran Dato Seri Pahlawan Haji Mohd Jefri bin Pengiran Haji Abd Hamid, Penguasa Kanan Polis Pengiran Zaidi bin Pengiran Haji Metali selaku Pengerusi BUI, Pengarah-Pengarah Jabatan, pegawai-pegawai serta anggota dan warga Pasukan PPDB. 

Majlis dimulakan dengan bacaan Surah Al-Fatihah dan Takbir Hari Raya dipimpin oleh Imam Surau Polis Gadong, APO SM 6924 Pengiran Haji Ludin bin Pengiran Haji Mat Tahir dan kemudiannya diteruskan dengan pengagihan daging-daging korban oleh tetamu kehormat kepada penerima-penerima khas. Majlis tersebut diakhiri dengan bacaan Doa Selamat serta Sembahyang Asar berjemaah. 

Pada tahun ini, seramai 15 orang peserta menyertai ibadah korban kelolaan BUI PPDB yang melibatkan 2 ekor sapi dan seekor kambing untuk dikorbankan. 



Dikeluarkan Oleh : 
UNIT PERHUBUNGAN AWAM 
PEJABAT PESURUHJAYA POLIS
PASUKAN POLIS DIRAJA BRUNEI

Attachments