Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Berita

Manage PermissionsManage Permissions
3 SUSPEK DISIASAT BERHUBUNG KES PENCULIKAN

​GADONG, Khamis 11 Julai - Pada 10 Julai 2019, hasil koliberasi daripada keanggotaan Balai Polis Bangar dan Balai Polis Berakas, Pasukan Polis Diraja Brunei (PPDB) telah berjaya menangkap 3 orang suspek lelaki warganegara tempatan yang berumur dalam lingkungan 19 ke 39 tahun berhubung kes yang telah dilaporkan di Balai Polis Bangar pada 9 Julai 2019.

Ketiga-tiga suspek tersebut telah dihadapkan ke Mahkamah Majistret Bandar Seri Begawan pada hari ini dan pihak Mahkamah telah bersetuju bagi ke semua suspek untuk ditahan reman selama 7 hari bagi membantu siasatan. 

Kes ini disiasat oleh Unit Siasatan Khas, Jabatan Siasatan Jenayah, PPDB di bawah Seksyen 363 Kanun Hukuman Jenayah Penggal 22 iaitu hukuman kerana menculik yang boleh membawa hukuman pemenjaraan selama suatu tempoh yang boleh sampai 10 tahun dan boleh juga dikenakan denda. 

Pihak Polis mengalu-alukan kepada orang ramai untuk memberikan sebarang maklumat berhubung kes ini melalui talian kecemasan Polis 993 atau ke balai-balai polis yang berdekatan. 



Dikeluarkan Oleh : 
UNIT PERHUBUNGAN AWAM 
PEJABAT URUS SETIA PESURUHJAYA POLIS
PASUKAN POLIS DIRAJA BRUNEI 


Attachments