Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Berita

Manage PermissionsManage Permissions
WARGA ASING DITANGKAP CUBA MASUK TANPA IZIN

BANDAR SERI BEGAWAN, Khamis 11 Julai - Pasukan Polis Diraja Brunei (PPDB) melalui Pasukan Simpanan Polis ‘C’ Kompeni, Jabatan Gerakan telah berjaya menahan seorang lelaki warganegara Malaysia semasa membuat operasi di kawasan Kampong Junjongan, Limau Manis.   

Lelaki berumur 19 tahun tersebut telah ditahan kerana cuba untuk masuk ke dalam Negara ini secara tidak sah melalui jalan tikus Junjongan Satu dengan menggunakan sebuah motorsikal yang menggunakan nombor pendaftaran Malaysia QL 7285. Semasa ditahan, pihak Polis juga telah menjumpai barang yang dicurigai dipercayai dadah di dalam beg kepunyaan lelaki tersebut. 

Suspek berkenaan bernama Mohammad Azlan Shah bin Pangis ditahan bersama barang-barang bukti dan kemudiannya dibawa ke Balai Polis Limau Manis bagi dijalankan siasatan. Kes tersebut lalu diserahkan ke Biro Kawalan Narkotik (BKN) bagi siasatan selanjutnya.  

Pasukan Polis Diraja Brunei akan sentiasa meningkatkan usaha dalam menangani sebarang kegiatan jenayah demi menjaga keamanan, keselamatan dan kesejahteraan Negara Brunei Darussalam. 
 


Dikeluarkan Oleh : 
UNIT PERHUBUNGAN AWAM 
PEJABAT URUS SETIA PESURUHJAYA POLIS
PASUKAN POLIS DIRAJA BRUNEI 


Attachments