Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Berita

Manage PermissionsManage Permissions
PPDB RAIKAN BAKAL JEMAAH HAJI

2019-07-11 at 19.16 (3).jpeg

GADONG, Khamis 11 Julai - Bagi memohon keberkatan Allah Subhanahu Wata'ala agar kesemua bakal-bakal jemaah haji mendapat syafaat, perlindungan, keselamatan, dipermudahkan urusan serta beroleh haji yang mabrur, satu majlis doa selamat bagi anggota-anggota Pasukan Polis Diraja Brunei (PPDB) yang bakal mengerjakan fardhu haji pada tahun 2019 ini telah diadakan di Surau Ibu Pejabat Polis Gadong. 
 
Seramai 7 anggota bakal haji PPDB telah menerima sumbangan yang disampaikan oleh tetamu kehormat majlis.  

Hadir selaku tetamu kehormat pada majlis tersebut ialah Yang Mulia Pesuruhjaya Polis, Pasukan Polis Diraja Brunei, Dato Seri Pahlawan Haji Mohd Irwan bin Haji Hambali dan isteri, Pengiran Datin Hajah Zauyah binti Pengiran Haji Sulaiman. 

Juga turut hadir, Yang Mulia Timbalan Pesuruhjaya Polis, Pengiran Dato Paduka Haji Mohd Jefri bin Pengiran Haji Abdul Hamid dan Datin, pengarah-pengarah, timbalan-timbalan pengarah, para pegawai kanan dan anggota pangkat rendah PPDB. 
 
Majlis yang dikendalikan oleh Badan Ugama Islam PPDB itu dimulakan dengan Sembahyang Sunat Hajat Berjemaah diimamkan oleh Imam Surau Polis Gadong, Yang Mulia APO Sarjan Mejar 6924 Pengiran Haji Ludin bin Pengiran Haji Metahir dan diikuti bacaan tahlil serta doa selamat. Acara kemudian diakhiri dengan penyampaian sumbangan kepada bakal-bakal jemaah haji yang diraikan. 
 


Dikeluarkan Oleh : 
UNIT PERHUBUNGAN AWAM 
PEJABAT URUS SETIA PESURUHJAYA POLIS
PASUKAN POLIS DIRAJA BRUNEI 


Attachments