Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Berita

Manage PermissionsManage Permissions
KES CURI TONG GAS TUMPAS
BANDAR SERI BEGAWAN, Selasa 4 Jun - Sebanyak 5 kes curi berjaya diselesaikan oleh pihak polis selepas berjaya menahan 2 orang suspek utama dalang kepada kejadian curi tong gas yang berlaku di kawasan Daerah Brunei dan Muara. 

Kedua-dua suspek diberkas hasil koliberasi daripada pemantauan dan siasatan anggota Polis dan Special Duties yang terdiri daripada Balai Polis Pusat, Berakas dan Muara. 
 
Suspek pertama bernama Mohammad Hazmi bin Awang Nasri warganegara tempatan berumur 36 tahun dan tidak bekerja. Manakala, suspek kedua bernama Mohammad Hazman bin Awang Nasri berumur 34 tahun warganegara tempatan bekerja sendiri. 

Kedua-dua suspek berdepan dengan pertuduhan di bawah Seksyen 380 Kanun Hukuman Jenayah Penggal 22 iaitu Curi dalam bangunan. 

Semasa siasatan, pihak polis juga telah berjaya merampas kembali 18 biji tong gas dan sebuah kereta hasil daripada kegiatan curi berkenaan. 
 
Kedua-dua suspek dihadapkan ke Mahkamah Majistret, Bandar Seri Begawan pada 4 Jun 2019 bagi sebutan kes dan jatuh hukum. Hasil daripada perbicaraan, Pihak Mahkamah telah menjatuhkan hukuman penjara selama 48 bulan ke atas Mohammad Hazmi bin Awang Nasri manakala penjara selama 24 bulan ke atas Mohammad Hazman bin Awang Nasri. 
 
Dalam pada itu, Pasukan Polis Diraja Brunei ingin menyarankan kepada masyarakat awam agar tidak terlibat dan terjerumus dengan sebarang kegiatan-kegiatan yang menyalahi undang-undang kerana akibatnya akan merosakkan kebahagiaan dan masa depan individu itu sendiri, keluarga dan generasi di masa yang akan datang. 
 

Dikeluarkan Oleh : 
UNIT PERHUBUNGAN AWAM 
PEJABAT URUSETIA PESURUHJAYA POLIS
PASUKAN POLIS DIRAJA BRUNEI 


Attachments