Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Berita

Manage PermissionsManage Permissions
JUAL MERCUN, 2 ORANG DITANGKAP

2019-05-15 at 17.45 (5).jpeg

LIMAU MANIS, Rabu 15 Mei - Balai Polis Limau Manis, Pasukan Polis Diraja Brunei (PPDB) dengan kerjasama Jabatan Kastam dan Eksais Diraja (JKED) telah berjaya menahan dua orang suspek warganegara tempatan kerana dipercayai terlibat dengan penjualan dan memiliki barang-barang mercun.  

Kedua-dua suspek ditahan di kawasan letak kereta Masjid Kg Masin. Setelah kenderaan suspek diperiksa, didapati terdapat beberapa barangan mercun yang diletakkan di bahagian penumpang hadapan.  

Suspek pertama merupakan seorang lelaki warganegara tempatan bernama Pg Hj Ali Hassan Bin Pg Hj Munap, berumur 48 tahun dan tidak bekerja manakala suspek kedua merupakan seorang wanita warganegara tempatan bernama Nurlini Binti Suhaimi, berumur 33 tahun dan tidak bekerja. 

Kes ini disiasat di bawah Seksyen 146 Perintah Eksais 2006. 
 
Pasukan Polis Diraja Brunei di kesempatan ini ingin menegaskan akan larangan tersebut kerana ianya menjurus kepada kemaslahatan orang awam kerana jika ianya diingkari maka boleh mengundang bahaya kepada bukan sahaja mereka yang bermain tetapi juga kepada orang lain kerana api dihasilkan dari bahan bunga api boleh mendatangkan kecederaan kepada tubuh badan, kerosakan kepada harta benda dan kebakaran. 
 

Dikeluarkan Oleh : 
UNIT PERHUBUNGAN AWAM 
PEJABAT PESURUHJAYA POLIS
PASUKAN POLIS DIRAJA BRUNEI 


Attachments