Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Berita

Manage PermissionsManage Permissions
PENYERAHAN SIJIL LANTIKAN PENGAWASAN KEJIRANAN BAGI AHLI PK MUKIM SUKANG

2019-04-14 at 14.18.11 (1).jpeg2019-04-14 at 14.18.11 (3).jpeg

BELAIT, Sabtu 13 April - Pasukan Polis Diraja Brunei melalui Balai Polis Labi telah mengadakan Majlis Penyerahan Sijil Lantikan untuk Ahli Pengawasan Kejiranan (PK) baru Mukim Sukang.   

Majlis ini diadakan di Balai Polis Labi. Tetamu kehormat majlis, Yang Berhormat Hanapi bin Mohd Siput, Ahli Majlis Mesyuarat Negara/Pmk. Penghulu Mukim Labi/Ketua Kg Labi I.   

Turut hadir ialah Pemangku Pegawai Pemerintah Daerah Polis Belait, Penguasa Polis Mohammed Azrie bin Haji Talip, Yang Mulia Haji Md Noh bin DMS Dian selaku Pemangku Penghulu Mukim Sukang beserta pegawai, keanggotaan balai dan Ahli PK baru yang diraikan.  

Majlis dimulakan dengan surah Al-Fatihah yang dipimpin oleh Imam Masjid Mukim Labi, Yang Mulia Haji Mohd Nazelley bin Haji Noorrashid.   

Ucapan alu-aluan dari Pegawai Menguasa Balai Polis Labi, Inspektor Mohd Nazmi bin Haji Ismail dan penyampaian sijil lantikan diserahkan kepada ahli-ahli baru PK Mukim Sukang. Majlis diakhiri dengan sesi bergambar ramai bersama ahli-ahli PK.  
 
Diharapkan dengan pendaftaran ahli-ahli baru ini lebih memangkin hasrat negara bagi mewujudkan satu komuniti kampung yang saling bekerjasama dan bantu-membantu dalam memelihara kesejahteraan dan keamanan kampung setempat. 


Dikeluarkan Oleh : 
UNIT PERHUBUNGAN AWAM 
PEJABAT PESURUHJAYA POLIS 
PASUKAN POLIS DIRAJA BRUNEI 


Attachments