Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Berita

Manage PermissionsManage Permissions
PK LAKSANA RONDAAN PENCEGAHAN JENAYAH

BELAIT, Ahad 2 Disember – Satu Rondaan Pengawasan Kejiranan (PK) telah digerakkan oleh Balai Polis Sungai Liang bersama ahli Pengawasan Kejiranan Kampong Lumut 1 semalam. 

Ikut serta dalam rondaan tersebut ialah Pemangku Ketua Kampong Lumut 1, Yang Mulia Haji Abd Aziz bin Haji Gani bersama keanggotaan Balai Polis Sungai Liang diketuai oleh Sarjan 3392 Jailani Haji Johari. 

Rondaan Pencegahan Jenayah dibuat di sekitar kawasan Sekolah Rendah Lumut 1 sehingga kawasan Perkhemahan Scout di kawasan Sekolah Rendah Sungai Tali Lumut. Semasa rondaan dijalankan tidak ada menjumpai sebarang kejadian jenayah berlaku. 

TUTONG - Sementara itu, Rondaan PK juga turut dikendalikan bersama Ahli PK Kg Bukit, Daerah Tutong. Tumpuan rondaan adalah di kawasan Kg Bukit sehingga di sepanjang Jalan Melaboi dengan rondaan berjalan kaki. 


Rondaan diketuai oleh Penolong Pegawai Menguasa Balai Polis Lamunin, Inspektor Percubaan Ak Mohd Waie bin Pg Abdulllah Sani bersama 9 orang ahli PK yang diketuai oleh Ketua Kg Bukit, Yang Mulia Hj Muhd Shadiqin bin Abdullah Janjam. 

Sebelum rondaan dijalankan, taklimat keselamatan turut disampaikan kepada semua ahli bagi memperjelaskan lagi objektif dan matlamat sebenar rondaan dijalankan. Hasil rondaan pada malam tersebut tidak ada menemukan sebarang kegiatan yang mencurigakan.

Diharapkan dengan kesedaran masyarakat akan pentingnya PK ini dapat meningkatkan lagi kewaspadaan dalam sama-sama memastikan keselamatan kawasan kampung bebas jenayah. 

Kesepaduan yang dibina di antara orang ramai dan Pasukan Polis diharapkan dapat meningkatkan lagi keharmonian hidup bermasyarakat. 


Dikeluarkan Oleh :  
UNIT PERHUBUNGAN AWAM 
PEJABAT PESURUHJAYA POLIS 
PASUKAN POLIS DIRAJA BRUNEI


Attachments